Khamis, 28 April 2011

Minuman Berkhasiat Untuk Anak-Anak


Royalmix BD Complex
Minuman berkhasiat yang lazat, berasaskan sayuran dan dirumus untuk pertumbuhan kanak-kanak, RoyalMix BD Complex mengandungi sekumpulan vitamin dan mineral penting yang membantu membina ketahanan semula jadi tubuh manusia. Ia adalah minuman serbuk berasaskan bijirin dan soya, yang mengandungi bijirin menyelerakan. Ia cepat dan mudah disediakan, memberikan pemakanan menyihatkan kepada kanak-kanak bagi menguatkan, mengaktifkan dan menyihatkan tubuh mereka. Pengambilan RoyalMix BD Complex secara tetap memberikan nutrisi penting kepada kanak-kanak termasuklah lecithin dan kalsium yang tinggi untuk mengawalaturkan, menyelenggarakan dan menguatkan kesihatan mereka serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang lebih baik. Sesuai diambil pada bila-bia masa, siang atau malam. Antara lain, RoyalMix BD Complex mengandungi lesitin soya, ekstrak kacang soya, germa gandum, madu, jeli raja, Vitamin C, Bifidus dan banyak nutrien penting lain.
Royalmix KP Complex
RoyalMix KP Complex untuk orang dewasa adalah minuman kacang soya berasaskan kalsium bernutrisi protein tinggi. Diformulasikan daripada kacang soya terpilih berkualiti tinggi dan aneka ramuan semula jadi penting. RoyalMix KP Complex adalah cara yang sedap lagi mudah untuk mendapatkan dos menyihatkan protein soya, frukto-oligosakarida, kalsium, fruktosa, bran beras, madu dan lesitin serta bermacam-macam nutrien lain bagi memberikan anda minuman bernutrisi istimewa yang meningkatkan kesejahteraan diri anda. RoyalMix KP Complex tidak mengandungi perisa tiruan, pengawet tiruan atau pewarna tiruan dan merupakan campuran bahan-bahan semula jadi sepenuhnya. Kandungan yang lebih tinggi kalsiumnya memberikan rangsangan yang sangat diperlukan untuk gigi dan tulang yang lebih kuat. Minuman unik ini juga memberikan rasa hebat yang menjadikannya minuman kegemaran setiap hari! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...